fbpx

JPS Kerian mohon pembenihan awan, air Empangan Bukit Merah susut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Empangan Bukit Merah yang mengalami penyusutan air.

BAGAN SERAI – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian telah membuat permohonan untuk melaksanakan operasi pembenihan awan ekoran paras air di Empangan Bukit Merah yang mengalami penyusutan di sana.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan ramalan 14 hari ke hadapan, empangan itu menunjukkan trend penurunan.

“Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), diramalkan hujan kurang berlaku di kawasan tadahan kolam itu.

“JPS Kerian telah buat permohonan untuk perlaksanaan operasi pembenihan awan kepada kerajaan negeri melalui surat bertarikh 1 Jun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, status semasa paras air menunjukkan berlakunya peningkatan paras air di empangan tersebut pada hari ini.

“Semalam, status paras air di empangan ini berada pada 22 kaki (6.706 meter) dengan baki storan 14.72 juta meter padu air, namun pagi ini, paras air Empangan Bukit Merah meningkat kepada 22.85 kaki (6.965 meter) dengan storan 18.70 juta meter padu air,” katanya.

Tambahnya, penambahan itu menunjukkan paras air di empangan ini kembali kepada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI