fbpx

Hujan lebat, ribut petir landa 5 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap lima negeri sehingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir dijangka berlaku di negeri Pahang (Bentong, Temerloh dan Bera).

Seterusnya, hujan lebat dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu) dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak, cuaca sama diramal berlaku sekitar kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis).

Sementara itu, angin kencang dijangka bagi Sabah iaitu sekitar Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI