fbpx

Hantar jemputan kahwin, minta muat turun aplikasi sebelum telefon digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar jemputan perkahwinan yang dihantar oleh scammer kepada mangsanya.

PETALING JAYA – Taktik scammer kini menjadi semakin licik dengan menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (.apk) dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan.

Menerusi ciapan @DragonForceIO, scammer tersebut menyasarkan golongan warga tua dan yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan asas informasi teknologi.

“Baru-baru ni muncul satu modus operandi scammer baru yang telah merebak dalam komuniti rakyat negara kita.

“Seperti yang kami siasat, modus operandi ini menggunakan teknik menyebarkan Malware yang ditanam di dalam aplikasi (.apk) yang dinamakan sebagai Jemputan Majlis Perkahwinan.

“Scammer tersebut akan menyamar sebagai orang yang dikenali mangsa dan meminta mangsa untuk muat turun aplikasi tersebut,” ciapnya.

Tambahnya, kesan daripada memuat turun dan memasang aplikasi tersebut, scammer tersebut dapat mengakses penuh telefon pintar mangsa tanpa disedari.

“Saya menggesa agar semua dapat menyebarkan isu ini agar orang ramai di luar sana tidak tertipu dengan taktik penipuan ini,” ujarnya.

Sehingga kini ciapan itu telah mendapat 1,314 ulang ciap dan 631 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai terkejut dengan modus operansi terbaru scammer itu dan turut risau ibu bapa mereka terpedaya dengan taktik itu.

“Taktik yang licik dan bijak oleh scammer untuk target warga emas,” komen Fitri.

“Aduh, serius lah. Sampai ke kad kahwin digital. Ini bukan kata orang-orang tua, kalau aku pun tengah kalut mesti tertekan punya,” komen Uciha.

“Memang sah scammer ni target mak ayah kita yang tidak berapa celik informasi teknologi tetapi duit simpanan banyak,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI