fbpx

Geng Sugu samun gudang di Kuala Langat tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas pihaknya daripada suspek.

KUALA LANGAT – Polis menumpaskan Geng Sugu menerusi penangkapan empat ahlinya termasuk ketua mereka di dua serbuan berasingan sekitar Tanjung Sepat, di sini semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia 27 hingga 30 tahun diberkas antara pukul 2.30 petang dan 11.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, siasatan mendapati geng berkenaan aktif melakukan samun ke atas gudang sejak tiga bulan lalu.

“Tangkapan itu membawa kepada rampasan pelbagai barang kes antaranya tiga alat penimbang digital, mesin gerudi, gergasi besi, spanar dan tong gas. Turut dirampas, dua kereta Proton Wira disyaki digunakan suspek untuk melakukan samun dan sebuah motosikal curi jenis Honda EX5,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini, hari ini.

Tambah beliau, semakan mendapati empat suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah serta dadah dan kesemua mereka kini direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI