fbpx

Euro 2024: Belgium lega pertahan rekod bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU menjadi penyelamat Belgium apabila meledak gol penyamaan ketika terikat menentang Austria awal pagi semalam. - AFP

BRUSSELS – Walaupun sekadar seri 1-1 menentang Austria pada aksi kelayakan Euro 2024, awal pagi semalam, keputusan itu memberi petanda positif buat Belgium yang kini di bawah kendalian jurulatih baharu, Domenico Tedesco.

Tedesco menggantikan Roberto Martinez yang sudah pun membawa Belgium ke tahap tertinggi hingga menghuni ranking nombor satu dunia selama empat tahun.

Ia adalah aksi ketiga buat Tedesco yang menerapkan permainan menyerang dan kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam dua aksi awal Kumpulan F memberi motivasi terbaik buat Red Devils untuk kembali ke kemuncak prestasi.

Jeremy Doku, Dodi Lukebakio dan Yannick Carrasco diturunkan dalam kesebelasan bersama Romelu Lukaku yang menggalas tanggungjawab sebagai kapten.

“Agak malang kerana kami gagal menjaringkan gol kedua. Selepas bolos kami sedikit berputus asa, namun sebaik aksi di babak kedua bermula, kami akhirnya berjaya memberikan lebih banyak masalah kepada Austria,” kata Doku.

Sebelum itu, Michael Gregoritsch memastikan babak pertama menjadi milik Austria dengan menyumbangkan gol pembukaan perlawanan.

Lukaku muncul wira pasukan apabila meledak gol penyamaan, namun Belgium sememangnya wajar meraih tiga mata sebaliknya percubaan Youri Tielemans sekadar singgah di palang gol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI