SELEPAS tiga tahun menyulam cinta, penyanyi Choiza mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya tidak lama lagi.
Menurut laporan media Korea Selatan, anggota kumpulan Dynamic Duo itu akan mengikat tali perkahwinan pada 9 Julai di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan di Seoul.
Perkahwinan Choiza bersama wanita yang bukan dalam kalangan selebriti sebaliknya bekerja dengan sebuah jenama pakaian sukan terkenal itu akan dijalankan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan kenalan rapat.