fbpx

Charlie Puth mengaku pernah cium Meghan Trainor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHARLIE PUTH

PEMUZIK Charlie Puth mengakui kebenaran yang diceritakan penyanyi Meghan Trainor kepada media bahawa mereka pernah berciuman di dalam studio ketika merakamkan lagu Marvin Gaye pada 2015.

Menurut Puth, perkara itu terjadi ketika dia baru sahaja berpindah ke Los Angeles dan berpeluang bertemu dengan Trainor untuk bekerjasama merakamkan lagu berkenaan.

Dalam temu bual bersama majalah Interview, penyanyi berusia 31 tahun itu menafikan dirinya sedang mabuk sehingga ‘terlanjur’ berciuman dengan wanita 29 tahun tersebut.

“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Saya tidak menyangka selepas lapan tahun berlalu, Trainor kembali ungkit kisah itu.

“Saya perlu akui kejadian tersebut adalah benar,” ujarnya.

Malu atas apa yang berlaku, Puth bagaimanapun bangga kerana pernah bekerjasama dengan Trainor yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang hebat dan berbakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI