fbpx

Berilah elaun yang munasabah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar mengulangi seruannya kepada golongan majikan supaya memberi kadar elaun yang munasabah pelajar latihan industri.

Menurut beliau, pelajar latihan industri memahami elaun bukan upah atau gaji, tetapi sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian mereka.

“Mereka (pelajar) menyebut kita faham “internship” bukan pekerjaan biasa. Hanya peluang pendedahan awal, tetapi bagilah sedikit elaun yang munasabah.

“Kos perjalanan dia (pelajar), tambang dia, makan dia, tetapi dia faham bukan upah atau gaji. Saya harap ada tambah baik daripada saudara (majikan),” katanya pada Pelancaran Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini hari ini.

Anwar menjelaskan, kerajaan tidak menetapkan satu kaedah untuk pelaksanaan elaun kerana program itu tidak boleh dipaksa, namun lebih banyak syarikat mengambil “intern”, lebih baik untuk mahasiswa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI