fbpx

Berhenti kerja bomba sebab jaga isteri sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Imran menyampaikan sumbangan kepada Fadzil dan isterinya ketika melawat pasangan itu di PPR Setia Indah, Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang suami sanggup melepaskan kerjayanya sebagai anggota bomba untuk menumpukan sepenuh perhatian menjaga isterinya yang kudung kaki kiri kerana penyakit kencing manis kronik.

Fadzil Ahmad, 51, yang ber­khidmat selama 21 tahun di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin mengambil keputusan berhenti kerja pada tahun 2016 setelah kesihatan isterinya, Fazlenyana Alias, 46, semakin merosot.

Menurut Fadzil, penyakit kencing manis kronik yang dihidapi isterinya sejak 16 tahun lalu semakin teruk sehingga terpaksa menjalani pembedahan menyebabkan dua jari kaki kanan wanita tersebut dipotong pada 2017.

“Pada tahun 2019 pula, isteri saya terpaksa menjalani satu lagi pembedahan yang menyebabkan kaki kirinya pula dipotong. Kea­daan ini menyebabkan dia sukar untuk bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Dia tidak mampu berjalan dengan menggunakan tongkat kerana berat badannya naik selain faktor pembedahan. Jadi saya terpaksa membantu isteri untuk dia membersihkan diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Setia Indah, di sini baru-baru ini

Fadzil memberitahu, kesukaran untuk bergerak dan kea­daan bilik air yang sempit menyebabkan Fazlenyana memakai lampin dewasa 24 jam setiap hari.

Jelasnya, sebelum ini, dia dan isteri mencari pendapatan de­ngan berniaga di kedai makan milik ibu mentuanya, namun mereka terpaksa berhenti dua tahun lalu apabila kos bahan mentah naik.

“Sumber pendapatan kami sekarang adalah dengan kerja sambilan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan,” katanya.

Sementara itu, Fazlenyana memberitahu, ada masanya mereka terpaksa mencatu makanan dan mengikat perut di­sebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan.

“Kadang-kadang kami hanya makan bubur nasi, jika ada rezeki, suami cari sayur kangkung yang tumbuh meliar di tepi jalan.

“Walaupun dapat wang bantuan, ia tidak mencukupi kerana perlu membeli banyak barangan termasuk lampin pakai buang,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu berharap anak sulungnya berusia 23 tahun, yang kini menjalani latian sebagai bomba bantuan untuk membantu keluarga.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, pihaknya memberi bantuan ­barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Orang ramai yang ingin ­membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Fazlenyana Alias bernombor 151593118979.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI