fbpx

Beasley yakin Fadhil mampu buru emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHIL menyuarakan keyakinan untuk merangkul gelaran sulung di pentas Asia menjelang acara 1km ujian masa ITT elit lelaki pada ACC di Velodrom Nasional, Nilai hari ini.

PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd. Zonis berpeluang menamatkan penantian pingat emas di pentas Asia menjelang acara 1 kilometer (km) ujian masa individu (ITT) elit lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) hari ini.

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley percaya anak buahnya itu berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas beraksi cemerlang dalam acara pecut berpasukan Rabu lalu.

Beliau berkata, turun beraksi di laman sendiri turut mampu menjadi pembakar semangat buat atlet berusia 26 tahun tersebut dalam membuktikan sesuatu pada aksi yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Ne­geri Sembilan.

“Fadhil sudah kembali ke tahap terbaiknya. Saya menjangkakan dia akan melakukan catatan masa yang sangat baik dalam acara 1km ITT nanti selepas beraksi cemerlang dalam acara pecut berpasukan.

“Saya harap dia mampu membuktikan sesuatu, lebih-lebih lagi dia akan mendapat sokongan daripada penyokong tempatan di sini (Velodrom Nasional) pada perlumbaan itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik pelumba kelahiran Selangor itu pada saingan ACC adalah dua kali memenangi pingat emas dalam acara 1km ITT pada edisi 2020 di Korea Selatan dan 2022 (India).

Sementara itu, Fadhil turut menyuarakan keyakinan untuk merangkul gelaran sulung pada kejohanan tersebut meskipun perlu berdepan cabaran sukar pelumba-pelumba dari Jepun dan China.

“Berdasarkan catatan masa dalam saingan pecut berpasukan sebelum ini, saya berada pada prestasi terbaik. Saya rasa sangat selesa untuk berlumba dalam acara ITT nanti, lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI