JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan lagu kanak-kanak popular, Baby Shark versi bahasa Arab mendapat perhatian luar biasa di laman media sosial, lapor laman berita Liputan6 hari ini.
Versi asal lagu itu diterbitkan oleh sebuah syarikat pendidikan dari Korea Selatan, Pinkfong pada 2015.
Walaupun nyanyian lagu Baby Shark versi pelbagai bahasa telah dikeluarkan, namun versi bahasa Arab kini tular setelah dimuat naik dalam akaun TikTok @danitrnc.
Sebilangan netizen Indonesia berpendapat ia kedengaran merdu kerana berbunyi seakan-akan qasidah atau sejenis syair Arab yang dilagukan.
“Sudah tiga kali tonton lagu Baby Shark versi qasidah ini,” kata seorang netizen.
“Nadanya buat terngiang-ngiang,” komen netizen lain. – Agensi