PELAKON Al Pacino meraikan detik keemasan pada usia 83 tahun apabila kembali merasai nikmat seorang bapa saat menimang bayi keempat dalam hidupnya.
Bayi lelaki yang lahir pada 15 Jun itu diberi nama Roman Pacino. Bintang Godfather itu mengakui terkejut, dia tidak menyangka akan dikurniakan cahaya mata pada usia ‘senja’.
Menurut laporan Entertainment Tonight, Pacino menimang bayi lelaki itu menerusi perkahwinan kali keduanya bersama seorang wanita dikenali sebagai Noor Alfallah.
“Saat orang lain menimang cucu pada usia 83 tahun, saya pula dikurniakan bayi lelaki. Apa pun saya sangat gembira,” ujarnya.
Selain Roman, Pacino mempunyai tiga anak perempuan iaitu Julie Pacino, 33, dan kembar Olivia Pacino dan Anton Pacino yang kini berusia 22 tahun.