fbpx

600 pelajar, keluarga asnaf terima manfaat Program Setulus Kasih PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kotak makanan dan replika kad Simpan SSPN Prime kepada salah seorang penerima sumbangan.

PETALING JAYA – Sumbangan zakat bernilai RM120,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Setulus Kasih PTPTN bakal memanfaatkan 600 pelajar dan keluarga asnaf.

PTPTN menerusi satu kenyataan berkata, program berkenaan adalah bertujuan menggalakkan penabungan bagi tujuan pendidikan serta membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Program ini melibatkan negeri-negeri terpilih seluruh Malaysia dengan sumbangan zakat PTPTN berjumlah RM120,000 yang disalurkan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime dan kotak makanan barangan keperluan harian.

“Secara keseluruhannya, sumbangan ini akan memberi manfaat kepada 600 pelajar dan keluarga asnaf di mana setiap pelajar dan keluarga akan menerima simpanan akaun Simpan SSPN Prime dan sumbangan kotak makanan berjumlah RM200,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi memastikan bantuan yang diberikan dinikmati oleh golongan sasar, program ini turut melibatkan kerjasama dengan agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin setempat.

“Di Pulau Pinang, pemberian sumbangan adalah berjumlah RM20,000 yang merangkumi simpanan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM10,000 dan kotak makanan berjumlah RM10,000 yang disampaikan kepada 100 pelajar dan keluarga asnaf,”ujarnya.

Negeri Pulau Pinang telah menjadi lokasi pertama bagi Program Setulus Kasih PTPTN manakala penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusinya, Datuk Norliza Abdul Rahim yang bertempat di Surau Kampung Melayu, Ayer Hitam, Pulau Pinang, pada Jumaat lalu.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Jabatan Operasi Cawangan PTPTN, Mohd Rusdi Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar serta Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.

“Simpan SSPN adalah platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi di mana ia menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat masyarakat Malaysia.

“Antara keistimewaannya adalah pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan.

“Diharapkan melalui sumbangan yang diberikan PTPTN ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI