fbpx

44 motor disita, 128 saman Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 44 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Persiaran Cassia Selatan, Batu Kawan di sini Sabtu lalu.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 44 buah motosikal disita dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Persiaran Cassia Selatan, Batu Kawan di sini Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintendan Mohd. Norazmi Abd. Ghapar berkata, sebanyak 128 keping saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan kira-kira pukul 6 petang itu.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan menerusi hasil risikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di ibu pejabat polis daerah (IPD) SPS dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

“Mereka ditahan kerana mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. Ketika ini, kesemua penunggang yang berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 26 tahun itu telah dibawa ke IPD SPS untuk tujuan dokumentasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI