fbpx

Wanita bangun dari keranda akhirnya disahkan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Montoya mengejutkan saudara-maranya dengan mengetuk kerandanya sendiri selepas terjaga ketika upacara pengebumiannya. - Ecuador Comunicación

QUITO, Ecuador – Seorang warga emas di Ecuador yang tular sebelum ini kerana terjaga di dalam keranda ketika upacara pengebumiannya dilaporkan meninggal dunia selepas tujuh hari berada dalam unit rawatan rapi (ICU), lapor akhbar The Guardian semalam.

Kementerian Kesihatan Ecuador mengesahkan bahawa Bella Montoya, 76, meninggal dunia akibat strok selepas menghabiskan masa seminggu dalam ICU.

Bagaimanapun, kementerian itu berkata, bahawa mayat Montoya masih dalam pemantauan tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai siasatan perubatan dalam kes itu.

Anak Montoya, Gilberto Barbera Montoya berkata, dia masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa mengenai penjelasan perubatan kes ibunya.

Tambahnya, kakak kepada ibunya telah membuat aduan secara rasmi mengenai kejadian itu.

Mereka sedang dberusaha mengenal pasti doktor yang mengisytiharkan kematian wanita tersebut sebelum ini.

Sebelum ini, Montoya dilaporkan bangun dan mengetuk penutup keranda selepas menghabiskan lima jam di dalamnya pada 9 Jun lalu.

kejadian berlaku di sebuah rumah pengebumian di Babahoyo.

Sebuah jawatankuasa teknikal telah dibentuk untuk mengkaji bagaimana hospital itu mengeluarkan sijil kematian, kata kementerian kesihatan negara berkenaan pada minggu lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI