fbpx

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Aseral ketika mengumumkan tarikh sambutan Aidiladha tahun 2023 bagi umat Islam di negara ini

PETALING JAYA – Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun ini (Khamis).

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd. Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan 1 Zulhijah 1444 Hijriah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 29 Jun 2023,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI