fbpx

Tujuh rumah di Sungai Petani dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membuat pemantauan banjir kilat di Kampung Air Mendidih, Sungai Petani pada pagi tadi.

SUNGAI PETANI – Hujan lebat berterusan lebih tiga jam awal pagi tadi mengakibatkan tujuh rumah penduduk di Daerah Kuala Muda dinaiki air dalam kejadian banjir kilat.

Limpahan air setinggi antara 0.3 meter hingga satu meter mula memasuki empat buah rumah di Kampung Air Mendidih dan sebuah rumah di Taman Semarak dalam Mukim Sungai Petani sebaik hujan lebat pada pukul 4.30 pagi tadi.

Turut terkesan ialah dua buah rumah penduduk di Kampung Pegawai, Tikam Batu dalam Mukim Pekula apabila sebahagian besar barangan perabot rosak terendam air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang digerakkan ke kawasan terlibat sejurus mendapat maklumat dan melakukan pemindahan mangsa banjir ke tempat selamat.

“Kejadian banjir kilat kali ini berlaku secara mengejut dan paras air lebih daripada biasa di awal pagi menyebabkan penduduk tidak sempat membuat persediaan.

“Bagaimanapun dengan tindakan pantas pihak kita yang dibantu agensi kerajaan lain, semua penduduk di dua mukim terlibat berjaya dipindahkan sementara,” katanya.

Menurut Azhar, dalam kejadian banjir kilat ini, tiada mangsa yang cedera dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

“Sehingga pukul 7.20 pagi tadi banjir dilihat semakin surut, namun penduduk diminta berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan masih hujan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI