TAHUN 2023 boleh dikatakan tahun kecewa buat para peminat wanita.
Mana tidaknya, ramai selebriti lelaki yang menjadi idaman Malaya mendirikan rumah tangga tahun ini.
Terbaharu, MK K-Clique. Dengarnya ramai hilang selera makan selepas dapat tahu penyanyi kacak itu sudah menjadi milik orang lain.
“MK dah nikah, nak pergi ‘healing’ lah rawat kecewa.
“Tak apa, MK nikah, kita pergi pada Noki pula,” seloroh netizen.
Tidak lama lagi, Syafiq Kyle pula. Memang menangis tepi bucu katillah nampaknya.
Sabarlah ya semua, kita nantikan siapa lagi yang akan buat pengumuman untuk tamatkan zaman bujang.
DIVA: Selain nikah, ramai yang sudah ada senarai selebriti berpotensi bercerai. Kejam sungguh senarai itu.