fbpx

Skuad B-17 gagal lepasi peringkat kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD B-17 negara terpaksa akur tewas buat kali kedua selepas tunduk 3-0 kepada Thailand di Stadium Pathum Thani, sebentar tadi. - FB FAM

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 17 Tahun (B-17) negara menempah ‘tiket pulang’ lebih awal selepas tewas 3-0 kepada Thailand pada aksi kedua Kumpulan A Piala Asia B-17 di Stadium Pathum Thani, sebentar tadi.

Ia adalah kekalahan kedua dialami skuad muda negara selepas turut ditewaskan 4-0 kepada Yemen pada perlawanan pertama, Khamis lalu sekaligus menyaksikan anak buah Osmera Omaro melepaskan tujuh gol tanpa sebarang jaringan mampu dihasilkan.

Walaupun daripada aspek kualiti percubaan lebih berpihak kepada tuan rumah, Malaysia yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang layak ke pusingan seterusnya bermula baik dan dilihat mampu berikan saingan.

Corak permainan pasukan negara nyata lebih berani berbanding aksi pertama bertemu Yemen namun selepas aksi melepasi minit ke-25, Thailand jelas lebih garang dan memiliki sekurang-kurangnya dua peluang terbaik untuk membuka jaringan.

Ketika babak pertama hampir berakhir tanpa jaringan, kelekaan benteng negara pada masa kecederaan yang gagal mengeluarkan bola dengan lebih baik membuka peluang buat kapten Gajah Perang, Pacharaphol Lekkun meledak gol pendahuluan.

Kelebihan satu gol menjadikan Thailand lebih bermotivasi untuk menyambung babak kedua dengan lebih garang dan minit ke-54, tuan rumah makin selesa, kali ini giliran Chanasorn Choklap merobek gawang negara.

Selain lebih banyak berkampung di kawasan sendiri, pemain negara juga seakan buntu dan hilang idea untuk melepasi pertahanan lawan yang dilihat tidak banyak diuji.

Minit ke-78, sisa perjuangan pemain negara menemui titik noktah apabila Chanothai Kongmeng meledak gol ketiga buat Thailand.

Thailand dan Yemen menjadi wakil dari Kumpulan A mara ke suku akhir manakala Malaysia perlu menewaskan Laos pada aksi terakhir, Rabu ini bagi menebus maruah sebelum pulang ke tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI