fbpx

Sindiket pelacuran tumpas, 72 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan sekitar Cheras dan Kepong pada 15 Jun lalu.

PETALING JAYA – Kegiatan sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram tumpas dengan penahanan 64 wanita termasuk lapan lelaki warga asing dalam serbuan sekitar Cheras dan Kepong pada 15 Jun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua suspek ditahan menerusi operasi khas yang dijalankan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Menurut Ruslin, pihaknya turut menahan tujuh lelaki tempatan dipercayai penjaga kepada premis berkenaan.

“Pasukan operasi menyerbu lima buah premis dan menahan seramai 72 warga asing terdiri daripada empat lelaki Vietnam, tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki India, 43 wanita Vietnam, 15 wanita Indonesia dan enam wanita Thailand berusia antara 25 hingga 42 tahun.

“Pemeriksaan awal mendapati mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, Pas Lawatan Sosial (PLS) tamat tempoh termasuk menyalahgunakan pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ruslin berkata, sindiket tersebut dipercayai sudah beroperasi selama hampir dua tahun dengan mengiklankan perkhidmatan seks di aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Jelasnya, modus operandi yang digunakan adalah pelanggan akan diberikan kata laluan melalui aplikasi berkenaan untuk masuk ke dalam premis.

“Sindiket ini beroperasi di premis perniagaan tiga tingkat dengan menjadikan tingkat satu sebagai tempat tinggal manakala tingkat dua dan tingkat tiga sebagai tempat khidmat seks.

“Pelanggan diberikan pilihan mengikut kategori bilik manakala tempahan wanita warga asing dikenakan sebanyak RM230 bagi tempoh satu jam,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata Ruslin, pihaknya merampas sebanyak 48 pasport Vietnam dan sebuah kenderaan jenis kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna kelabu dipercayai digunakan untuk khidmat seks.

“Turut dirampas wang tunai sebanyak RM6,275 dipercayai hasil bayaran khidmat seks di premis.

“Seramai 20 orang lelaki tempatan yang merupakan pelanggan dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Ruslin, kesemua warga asing dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI