fbpx

Peruntukan tambahan RM500 juta selesai masalah air bersih di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar semasa berucap pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, UMK Kampus Bachok, Bachok, hari ini. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

BACHOK – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan segera berjumlah RM500 juta bagi mengatasi masalah air bersih di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu diluluskan hasil daripada perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri Kelantan yang diadakan sebelum ini.

Menurutnya, bantuan itu merupakan satu keperluan kepada rakyat yang sering membangkitkan mengenai isu air bersih di negeri ini.

“Kita (kerajaan Persekutuan) berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan untuk atasi masalah air bersih yang menjadi rungutan rakyat. Apa pun, saya cakap hendak minta dalam kadar yang banyak, sangat tidak boleh.

“Jadi kita mulakan projek, tetapi perlu dikendalikan secara bersama. Tatacara pengurusan mesti mengikut saluran yang betul,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Majlis yang berkonsepkan soal jawab bersama siswa itu yang dihadiri lebih 5,000 penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di Kelantan.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada Kelantan untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu bermula tahun ini.

Menurutnya, penyaluran peruntukan itu akan dilakukan secara tata kelola dan terus manakala dari aspek operasi akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI