fbpx

Penduduk teruja kapal layar mewah menyusuri Sungai Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADASTRA ketika mula belayar meninggalkan dermaga PME di Kuala Perlis, semalam.

KUALA PERLIS – Kemunculan sekali lagi kapal layar mewah Adastra di muara Sungai Perlis sekali lagi menimbulkan keterujaan penduduk perkampungan nelayan di sini hari ini.

Kelibat kapal layar mewah Adastra yang memiliki bentuk unik dan futuristic itu berlayar meninggalkan pusat penyelenggaraan pengangkutan marin Perlis Marine Engineering (PME) kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut seorang penduduk tempatan, Razali Abdul Karim, 54, ini kali kedua kapal layar mewah itu melintasi muara Sungai Perlis selepas kali pertama melalui kawasan itu pada Ogos tahun lalu.

“Ramai orang khususnya komuniti nelayan agak teruja apabila kapal itu perlahan-lahan belayar melintasi perkampungan nelayan dan saya lihat ramai juga tidak melepaskan peluang merakam momen tersebut.

“Apa yang saya tahu, kapal itu menjalani penyelenggaraan di fasiliti PME termasuk pengubahsuaian bahagian kabin dalamannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang remaja, Nurlaili Razali, 16, berkata, dia secara kebetulan berada di Jambatan Tuanku Syed Putra tidak melepaskan peluang untuk merakam pelayaran kapal tersebut.

“Perkara ini jarang dapat dilihat, jadi saya tidak lepaskan peluang untuk rakam dan jadikan ‘content’ dalam beberapa media sosial saya,” katanya.

Tinjauan mendapati beberapa buah bot turut mengiringi kapal layar mewah itu berlepas dari muara Sungai Perlis ke Selat Melaka menuju ke arah Pulau Langkawi.

Turut kelihatan, Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, beberapa Exco kerajaan negeri dan anggota polis marin mengiringi Adastra dengan menaiki bot lain.

Pada pertengahan Ogos lalu, Kosmo! Online kehadiran sebuah kapal layar mewah dengan reka bentuk futuristik menyebabkan komuniti setempat terpegun dengan kehadirannya.

Kehadiran Adastra yang bernilai puluhan juta ringgit itu turut tular menimbulkan tanda tanya mengenai pemilik sebenarnya dan tujuannya menyusuri Sungai Perlis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI