fbpx

Pelajar sekolah dipaksa melutut, cium kaki pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipaksa berlutut dan mencium kaki kesemua pembuli. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan pembuli yang masih memakai pakaian seragam sekolah memaksa beberapa pelajar lain melutut dan mencium kaki mereka, lapor laman Berita Satu semalam.

Menerusi kejadian yang berlaku di Cianjur, wilayah Jawa Barat itu, kumpulan pembuli tersebut turut menendang kepala mangsa dan menumbuk mereka.

Susulan kejadian itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Pacet berjaya menahan AJ, 21, yang menjadi dalang utama buli ganas itu dan enam lagi rakannya yang merupakan golongan bawah umur rata-rata berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Pacet, AKP Hilma Rawalasi berkata, kejadian bermula ketika sekumpulan mangsa buli itu mahu pergi ke Cipanas dengan menumpang sebuah trak.

Dalam perjalanan, trak yang dinaiki mangsa dihalang oleh kumpulan pembuli tersebut.

Akibat ketakutan, mangsa-mangsa segera keluar dari trak dan berlari ke Grand Apple Villa. Mereka kemudian dikepung sebelum dipukul oleh kumpulan pembuli itu.

Dalam utama kes itu, AJ mengakui motif serangan itu berunsurkan dendam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI