fbpx

NL: Sepanyol idam akhiri penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL memasang impian besar untuk meraih kejuaraan pertama selepas lebih sedekad apabila kali terakhir mereka meraih kejuaraan Euro 2012. - FB SEFUTBOL

ROTTERDAM, Belanda – Pengendali Sepanyol, Luis De La Fuente menyeru agar anak-anak buahnya berwaspada dengan ancaman yang boleh diberikan pasukan Croatia menjelang aksi final Liga Negara-Negara Eropah di Stadium De Kuip awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad La Roja kini memburu trofi antarabangsa pertama sejak menjuarai Kejohanan Euro edisi 2012 selepas mara ke final dengan menewaskan Itali 2-1 pada saingan separuh akhir awal pagi Jumaat lepas.

Menurut Fuente, Croatia boleh dianggap antara yang terbaik di dunia ketika ini memandangkan kualiti teknikal yang ada dalam kalangan pemain mereka selain pengalaman luas di pentas antarabangsa.

“Croatia adalah pasukan yang cukup solid dan kita boleh lihat mereka tidak mempunyai masalah atau sebarang tekanan dalam usaha memberikan yang terbaik pada aksi final nanti.

“Barisan pemain yang dimiliki pasukan lawan cukup berpengalaman dan daripada aspek teknikal juga begitu bagus.

“Bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila mereka memiliki rekod yang cemerlang sejak beberapa tahun lepas apabila berjaya mara ke pentas final Piala Dunia 2018.

“Meskipun mereka bermain untuk masa tambahan pada aksi separuh akhir yang lepas, ia bukanlah kelebihan buat kami dan saya harap pemain lebih berwaspada dalam usaha mencipta sejarah menjulang trofi buat kali pertama,” katanya.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh pemain tengah La Roja, Rodri yang melihat pasukan lawan yang menduduki ranking ke-7 dunia itu boleh dianggap pilihan memandangkan prestasi konsisten mereka sebelum ini.

“Kita sering bertemu Croatia sejak beberapa tahun lepas dan agak kenal dengan corak taktikal pasukan ini. Mereka adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan kerana barisan pemain memiliki semangat juang tinggi.

“Namun, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dan saya mahu rakan-rakan sepasukan kekal fokus dalam memastikan kemenangan dapat diraih,” kata tonggak kelab Manchester City itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI