fbpx

Nahas LPT2: Seorang lagi mangsa meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Saga dinaiki Zahidah Hanisah dan keluarganya yang terlibat dalam kemalangan di KM 267.1, LPT 2 berhampiran R&R Perasing, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Anak bongsu pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan di Kilometer 267.1, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam meninggal dunia sebentar tadi.

Raudhatul Khayra, 3, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kematian kanak-kanak ini disahkan oleh bapa saudara mangsa yang menemaninya di hospital berkenaan.

“Seorang lagi anak mangsa, Muhamad Uwais Wafiuddin, 8, yang cedera di beberapa anggota badan juga sedang menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan Zahidah Hanisah Mohamad, 35, yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah, Paka, Dungun dan suaminya, Mohd. Riduan Mohd Yaacob, 35, maut dalam kemalangan pada pukul 4 petang.

Sewaktu kejadian, mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Raja, Teluk Pasu, Kuala Terengganu dari Kuantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI