IBARAT rumah dah siap, pahat terus berbunyi. Lebih kurang begitulah perihal tentang majlis perkahwinan pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang diadakan di resort terkemuka di Langkawi, minggu lalu.
Biarpun kedua-dua mereka sudah pun selamat bergelar suami isteri, sehingga kini majlis perkahwinan mereka masih lagi menjadi bualan netizen.
Serba-serbi tidak kena di mata mereka. Sebelum ini dikritik sebab dikatakan tidak sensitif sebab menjemput seorang ustaz ternama memimpin bacaan doa.
Kemudian timbul pula cakap-cakap netizen kata kononnya Janna dan suami terlalu ‘feeling’ nak buat majlis ala-ala ‘mat saleh’.
Kesudahannya ‘berlecak’ ketiak masing-masing sebab cuaca di Malaysia terlalu panas. Orang lain punya majlis, netizen pula yang rasa ‘panas’.
Orang lain sedap-sedap mengata. Diva okey sahaja Janna nak berarak bawah terik matahari ke, hujan ke, yang penting bahagia.
DIVA: Ada artis belum boleh ‘move on’ dengan bekas suaminya walaupun telah lama berpisah. Masih ada cinta lagi ke sis?