fbpx

Kedah terima pelaburan RM5 bilion suku pertama tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika berucap pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-81 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini memaklumkan Kedah menerima pelaburan komited berjumlah RM5 bilion bagi suku pertama tahun ini.

Kata beliau, selain itu Kedah turut mencapai prestasi ekonomi yang memberangsangkan dengan merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 3.2 peratus pada 2021 dengan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada 2022.

“Ini merupakan manifestasi daripada usaha berterusan kerajaan tuanku melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif yang didasari Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Kejayaan yang dicapai ini diterjemahkan, antara lainnya melalui keyakinan komuniti industri untuk terus melabur di dalam negeri ini, yang mencatatkan jumlah pelaburan melebihi sasaran  RM 10 bilion setahun untuk dua tahun sebelumnya berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-81 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Berucap lanjut, katanya, hasil pelaburan puluhan bilion ringgit itu bakal menjana 19,568 peluang pekerjaan kepada sekalian rakyat jelata dan menjanjikan peningkatan hasil tambahan kepada kerajaan negeri.

“Momentum pelaburan yang berkembang pesat ini akan diteruskan melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti Pembangunan Delapan SBEZ, Kedah Rubber City (KRC), Pembangunan Kedah Aerotropolis, Kedah Science & Technology Park (KSTP) dan Pusat Bekalan Gas dan Loji Janakuasa Pulau Bunting di Yan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI