fbpx

Isu elaun pelajar ‘intern’ akan diteliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan faedah Perkeso di Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Kerajaan akan meneliti isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau ‘intern’ supaya mendapat pertimbangan sewajarnya seperti yang ditularkan oleh seorang pelajar universiti awam baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, isu itu perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan memandangkan ‘intern’ tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma.

“Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga telah dibangkitkan dalam International Labour Conference (ILC) supaya perkara ia memberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.

“Intern ini tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada dua pencarum R.Chandran, 40 dan Leong Tai Hee, 49 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan seorang pelajar universiti awam yang menyuarakan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan praktikal pada Oktober ini.

Menurut laporan itu, seorang pelajar wanita menyifatkan mereka bukan buruh percuma, serta menyuarakan pandangannya selepas melihat permohonan latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil malah ada yang tidak memberi elaun langsung.

Pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik itu juga dilaporkan menyuarakan bantahannya dengan membawa sepanduk tertera ‘Intern bukan buruh percuma’ di sekitar kampusnya.

Jelas Sivakumar, pihak Kementerian Sumber Manusia akan memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam tempoh terdekat berhubung isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI