fbpx

Hujan lebat di utara, Pantai Timur Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang berlaku sekitar utara serta Pantai Timur Semenanjung sehingga pukul 11 pagi hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, keadaan cuaca buruk itu tertumpu seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang pagi ini.

Sementara itu, di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung dan Bagan Datuk.

Beralih ke negeri Pantai Timur pula, hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda Kelantan (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), manakala di Terengganu tertumpu sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang bagi tempoh yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI