fbpx

Hasrat Aaron-Wooi Yik raih gelaran juara lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Chirag-Rankireddy pada perlawanan akhir Terbuka Indonesia sebentar tadi.

NILAI – Hasrat beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk merangkul gelaran pertama musim ini tidak kesampaian apabila tewas pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta itu, Aaron-Wooi Yik akur dengan kekalahan straight set 17-21, 18-21 kepada Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy dari India.

Lebih perit, ia merupakan kekalahan pertama juara dunia itu kepada Chirag-Rankireddy memandangkan mereka tidak pernah tewas kepada beregu India tersebut dalam lapan perlawanan terdahulu.

Walaupun tewas, namun Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai AS$43,750 (RM201,884) selaku naib juara, manakala Chirag-Rankireddy meraih AS$92,500 (RM426,841).

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih gelaran acara beregu lelaki pada Terbuka Indonesia adalah menerusi gandingan Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari pada 2008 selepas menang 21-12, 21-12 ke atas Mohammad Ahsan-Bona Septano. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI