fbpx

Euro 2024: Alex-Arnold menyinar di posisi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX-ARNOLD turun beraksi sebagai pemain tengah dan berjaya meledak satu gol ketika membantu England membenam Malta. - AFP

MDINA – Satu gol yang dihasilkan Trent Alexander-Arnold ketika benam Malta 4-0 pada aksi kelayakan Euro 2024, awal pagi semalam memberikan jawapan paling tepat kepada keputusan Gareth Southgate yang membenarkan bintang Liverpool itu menyarung jersi nombor 10.

Walaupun lebih sinonim sebagai pemain pertahanan, Alexander-Arnold menyatakan beliau cukup selesa untuk memainkan peranan di posisi tengah bersama Declan Rice dan Jordan Henderson.

Bagaimanapun, peranan ini bukan sesuatu yang baharu buat Alexander-Arnold kerana pernah diberikan tugasan itu ketika aksi menentang Andorra, September lalu, namun kali ini dia menyerlahkan lagi potensi yang mampu dihadirkan olehnya.

“Saya jarang bermain, namun saya rasa cukup selesa. Apa yang saya boleh katakan ianya adalah semulajadi dan saya melihat itu antara posisi yang boleh saya mainkan selepas ini.

“Saya mahu pastikan saya sentiasa berada dalam senarai pasukan. Saya fikir peranan yang saya mainkan ketika bersama kelab membuka jalan kepada peranan baharu saya.

“Namun, ia masih lagi awal, tetapi yang lebih penting apabila saya diberikan peluang, saya akan memanfaatkannya sebaik mungkin,” katanya.

Tiga lagi gol The Three Lions dihasilkan oleh Harry Kane, Callum Wilson dan jaringan sendiri Ferdinando Apap.

Southgate juga menjelaskan peralihan ini banyak bergantung kepada perubahan peranan Alexander-Arnold bersama Liverpool dan tiada sebarang persoalan yang akan timbul terhadap peralihan posisi berkenaan.

“Tidak dapat dielakan apa yang berlaku adalah bergantung kepada kelabnya dan hakikat sebenar peranan besar di posisi itu membantu kepada peralihan sekarang. Saya tidak pernah ragu yang dia mampu melakukannya dengan baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI