fbpx

Tekanan punca doktor hamil 4 bulan bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis tidak menolak kemungkinan tekanan perasaan menjadi punca seorang doktor hamil empat bulan ditemui mati dengan mengantung diri di rumahnya, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 32 tahun dan bekerja sebagai doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan.

Katanya, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang pergelutan dan pemeriksaan awal tubuh badan mangsa juga tiada kecederaan fizikal lain.

“Bedah siasat telah dijalankan pada 6 Jun lalu di Hospital Shah Alam dan punca kematian adalah disebabkan sesak nafas. Punca bunuh diri masih dalam siasatan dan kita tidak menolak kemungkinan disebabkan tekanan yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan yang dijalankan turut mendapati mangsa tidak mempunyai masalah berkaitan kerja dan kewangan.

Mohd. Iqbal memberitahu, satu laporan polis telah dibuat pukul 8.55 malam pada 5 Jun lalu selepas menerima makluman daripada pihak Hospital Sungai Buloh yang menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki berusia 32 tahun yang memaklumkan isterinya mengantung diri di rumahnya.

Mangsa telah dibawa ke zon merah Hospital Shah Alam oleh suaminya sendiri dengan menaiki kereta namun gagal diselamatkan petugas hospital itu.

“Tempat kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat dengan mangsa dipercayai mengantung diri sendiri di sebuah bilik di tingkat atas menggunakan kain selendang yang diikat pada kipas dalam bilik tersebut. Turut ditemui sebuah tangga dipercayai digunakan mangsa” katanya.

Jelas beliau, kes diklasifikaskan sebagai sebagai mati mengejut dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam Sarjan Mejar Muhammad Shafawi Yaacob di talian 03-55202222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI