fbpx

Penglibatan ahli politik dalam aktiviti judi online disiasat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan pembabitan ahli politik dalam aktiviti judi online.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan berkenaan dijalankan berdasarkan maklumat diterima selain berkongsi perkara tersebut bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan rasuah serta salah guna kuasa hingga menyebabkan isu judi ini berlaku,” katanya di sini tadi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya sudah menerima maklumat mengenai dakwaan berkenaan.

“PDRM dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentusahkan serta menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Saifuddin Nasution Ismail mahu polis diberi ruang bagi menyusun strategi berhubung siasatan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Beliau berkata, tindakan selanjutnya termasuk data dan maklumat tepat yang dikumpul unit risikan pihak berkuasa bukan satu maklumat yang boleh dihebahkan kepada umum.

Katanya, pihak yang menyediakan platform perjudian dalam talian itu boleh mengaut keuntungan sekitar RM200 juta seminggu.

KDN bersama polis kini sedang menyemak jika wujud kelulusan baharu lesen perjudian yang membabitkan orang politik tertentu.

Beliau turut mengakui kekangan terbesar dihadapi kerajaan, KDN dan polis dalam memerangi perjudian haram dalam talian itu adalah isu naungan politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI