fbpx

Pasukan Siti Nordiana menang cari pepahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana (empat kiri) dan ahli pasukannya bersama Hashila (kiri) menunjukkan pepahat yang berjaya dikumpul mereka di Pantai Kelanang, Kuala Langat hari ini

KUALA LANGAT – Pengalaman mencari pepahat sejak berusia lima tahun dimanfaatkan sepenuhnya Siti Nordiana Kalis dalam membantu pasukannya memenangi pertandingan mengutip pepahat sempena Pesta Kelaut Pantai Kelanang 2023, hari ini.

Siti Nordiana, 22, bersama empat rakannya berjaya membawa naik lebih tujuh kilogram (kg) hidupan laut itu dan mengalahkan 25 pasukan lain seterusnya membawa pulang wang tunai RM500.

Kata wanita berasal dari Kampung Tongkah Morib, dia menggunakan kapur bagi mengumpan pepahat keluar dari sarangnya di dalam lubang di tepi pesisir pantai.

“Sejurus itu, pepahat akan segera ditarik keluar dengan pantas sebelum dia masuk semula ke sarangnya.

“Kecepatan memasukkan kayu dan kepantasan menarik pepahat dengan besi yang dicangkuk, menjadikan saya dan empat anggota pasukan saya berjaya mendaratkan lebih tujuh kilogram,” katanya ketika ditemui selepas pertandingan tersebut hari ini.

Hadiah disampaikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI