fbpx

Masalah kekurangan gula dijangka selesai akhir bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin Ayub (kanan) melakukan tinjauan harga minyak masak di sebuah pasaraya di Seri Manjung hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

LUMUT – Masalah kekurangan bekalan gula di pasaran dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurutnya, ketika ini terdapat kekurangan kira-kira 20 peratus bekalan gula pasir bertapis atau dikenali ‘gula rakyat’ di negara ini.

“Saya tidak mahu menipu atau berpura-pura, dan semalam kita telah mengadakan libat urus kali kelima dengan pihak industri, iaitu syarikat pembekal MSM Malaysia Holdings Berhad dan CSR (Central Sugars Refinery Sdn. Bhd).

“Setakat semalam, mereka telah berterus terang dan berjanji dalam tempoh terdekat iaitu seminggu, untuk mencukupkan bekalan ‘gula rakyat’ ini di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Seri Manjung, dekat sini hari ini.

Menurutnya, isu kekurangan gula di pasaran mulai berlaku sejak sambutan Aidilftri lalu memaksa kementeriannya melancarkan Ops Manis pada 2 Mei lalu bagi memastikan bekalan bahan itu mencukupi.

Jelasnya, ada beberapa faktor kekurangan gula, sebagai contoh, CSR menyatakan ada kilangnya mengambil masa untuk proses penyelenggaraan, selain ada membeli dandang (boiler) baharu yang memerlukan masa untuk beroperasi.

Beliau memaklumkan, syarikat pembekal perlu mematuhi perjanjian untuk membekalkan minimum 42,000 tan metrik ‘gula rakyat’ seminggu.

Sehubungan itu, tegasnya, KPDN melakukan pemantauan setiap hari bagi memastikan syarikat terlibat mematuhi perjanjian itu sekali gus memenuhi keperluan 20 peratus lagi bekalan gula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI