fbpx

Malam berinai Watie ‘sarat’ emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA bakal isteri pelawak Shuib, Watie yang sarat dengan barangan kemas kelihatan sarat dan berat, namun tetap meriah.

SELAIN perkahwinan Janna Nick, malam berinai Watie Hanafiah dengan Shuib yang berlangsung pada Selasa lalu mencetuskan pelbagai reaksi.

Antara yang menjadi topik perbualan ramai sehingga tular dalam media sosial adalah barangan kemas yang digayakan Watie pada malam berinainya.

Kebanyakan netizen mengakui mata mereka tertarik pada rantai dan gelang tangan yang dipakai Watie.

Difahamkan, barangan kemas tersebut ditaja oleh sebuah kedai emas terkenal sempena majlis perkahwinannya dengan Shuib tidak lama lagi.

“Nasib baik tak besar sangat, kalau tidak sama macam Datuk Vida.

“Rezeki dapat tajaan, mesti leher dan tangan terasa berat,” seloroh netizen.

Shuib dan Watie bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan di sebuah lokasi di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI