fbpx

Lapan kru, nakhoda bot tunda ditahan ‘kantau’ diesel milik kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan kerana menjual diesel yang dibekalkan oleh Tentera Diraja Malaysia (TLDM) bagi tugasan pengukuran kepada kapal lain.

KUCHING – Kegiatan lapan kru termasuk nakhoda sebuah bot tunda menjual diesel yang dibekalkan oleh Tentera Diraja Malaysia (TLDM) bagi tugasan pengukuran laut terbongkar apabila mereka ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kesemua warga tempatan berumur lingkungan 24 hingga 73 tahun itu ditahan ketika sedang menjalankan kegiatan berkenaan di perairan Tanjung Po di sini kira-kira pukul 4 pagi, Isnin lalu.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki melakukan kerja-kerja pemunggahan diesel milik kerajaan tanpa kebenaran ke kapal tangki lain. Kesemua diesel itu dianggarkan bernilai RM215,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zin Azman berkata, kesemua individu terbabit ditahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan pecah amanah.

Beliau mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan, jenayah maritim atau kecemasan di laut dengan menghubungi talian Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544/ 010-7728909. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI