fbpx

KJ bertemu PN minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) minggu depan.

Ini susulan desas-desus yang hangat diperkatakan mengenai kemungkinan Khairy akan menyertai PN atau sebaliknya.

“Saya sudah tetapkan tarikh dan rombongan beliau (Khairy) akan datang berjumpa dengan saya minggu depan.

“Kita harap beliau akan sertai (PN), bagaimanapun, kita serahkan kepada beliau. Beliau sudah cukup bijak dan cerdik untuk membuat pilihan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO mengambil kira kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Bagaimanapun, Khairy sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan berhubung tawaran tersebut.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai rumah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Damansara, Kuala Lumpur yang diserbu dan digeledah pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Muhyiddin mendakwa ia satu tindakan yang bermotifkan politik.

Katanya, tindakan sedemikian perlu dihentikan kerana negara ini merupakan sebuah negara demokrasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI