fbpx

Khutbah haji dialih kepada 14 bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MEKAH – Khutbah haji akan dialih ke dalam 14 bahasa termasuk bahasa Melayu bagi memberi manfaat kepada umat Islam yang akan disampaikan oleh khatib Masjid Namirah di Arafah pada hari wukuf.

Ia merupakan penambahan kepada empat bahasa berbanding tahun lalu. Khutbah di dalam bahasa Arab itu akan dialih ke dalam Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Russia, Mandarin, Bengali, Turkiye, Hausa, Sepanyol, Tamil dan Swahili.

Pengalihan bahasa akan dilakukan serentak dengan khutbah yang bakal disampaikan pada waktu tengah hari hari wukuf.

Menurut laman web [email protected], inisiatif tersebut merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi.

Seramai tiga juta umat Islam dijangka berwukuf di Arafah pada tahun ini dengan sebahagiannya merupakan jemaah haji Malaysia seramai 31,600 orang.

Ketika Arafah, cuaca dijangka panas hingga mencecah 50 darjah Celsius dan jemaah dinasihatkan supaya meminum air secukupnya dan tidak berada di bawah terik matahari terlalu lama bagi menjaga kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI