fbpx

JDT belasah kelab Singapura, Albirex Niigata 5-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAGO SANTO melakukan sepakan akrobatik pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Albirex Niigata di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, Johor menyaksikan JDT menang 5-1 ke atas Albirex Niigata. - Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), membuktikan ketiadaan pemain utama tidak menjadi masalah apabila membelasah kelab Singapura, Albirex Niigata, 5-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Tampil tanpa kelibat ramai pemain utama, JDT bermula garang sebaik wisel permulaan dengan mengasak bertalu-talu ke gawang Albirex Niigata, namun gagal menghasilkan sebarang jaringan apabila berjaya dikekang benteng pelawat.

Bagaimanapun, hasil satu serangan balas JDT akhirnya membuka jaringan menerusi tandukan penyerang import, Diogo Santo pada minit ke-18 apabila menerima umpanan cantik dari Mohamadou Sumareh.

Gol kedua muncul hasil jaringan di minit ke-27 menerusi Fernando Forestieri yang berjaya merembat deras dalam kotak penalti juga dari umpanan Mohamadou.

Bersambung babak kedua, JDT dilihat semakin menganas dengan melakukan asakan ke gawang lawan dan tiba giliran Nazmi Faiz Mansor meledak gol ketiga di luar kotak penalti.

Gawang skuad Harimau Selatan bolos apabila pemain Albirex Niigata memanfaatkan peluang bagi menjaringkan gol saguhati pada minit ke-63 hasil kesilapan benteng pertahanan yang gagal mengawal bola.

Tersentak dengan jaringan pertama Albirex Niigata, kesebelasan JDT bingkas bangkit untuk menjaringkan gol keempat seminit kemudian menerusi jaringan pemain gantian, Bergson Da Silva, pada minit ke-64.

Tiga minit selepas itu giliran pemain gantian, Aysar Hadi mencatatkan selaku penjaring apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-67 hasil umpanan dari Oscar Arribas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI