fbpx

Donald Trump pulang tanpa bayar bil selepas janjikan makanan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump meninggalkan restoran itu tanpa membayar bil. - New York Post

MIAMI, FLORIDA – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggalkan sebuah restoran di bandar Miami tanpa membayar bil makanan pelanggan lain selepas berjanji mahu membelanja orang ramai, lapor laman berita Wion News semalam.

Trump, 77, dilaporkan singgah di sebuah restoran di Little Havana untuk meraikan sambutan hari lahirnya, Selasa lalu.

Bagaimanapun, laman berita Miami New Times melaporkan, Trump meninggalkan restoran itu tanpa membayar bil.

Trump melawat Versailles, yang merupakan sebuah restoran masakan Cuba yang popular di Miami sejurus selepas dihadapkan ke mahkamah atas 37 pertuduhan.

Restoran itu dilaporkan sering dikunjungi oleh ahli Parti Republikan di bandar tersebut. Justeru, apabila Trump tiba, beliau disambut oleh ramai penyokongnya.

Mereka yang berada di restoran itu dilaporkan menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ dan turut mendoakan Trump. 

Jurucakap Trump bagaimanapun menjelaskan insiden itu dengan berkata: “Pada akhir lawatan, Trump menawarkan makanan percuma kepada pelanggan di dalam restoran. Namun, apabila Trump pergi, mereka mengikutinya ke luar dan tidak membuat pesanan.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI