fbpx

Bek tengah Leeds tarik minat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOCH menjadi pemain pertahanan terbaharu dikaitkan dengan perpindahan ke United musim depan. – AFP

MANCHESTER – Manchester United melakukan kejutan apabila mendaftarkan minat mereka untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Leeds United, Robin Koch pada jendela perpindahan kali ini.

Koch sedang mencari kelab baharu selepas Leeds tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan dan laporan menyebut bahawa terdapat klausa di dalam kontraknya bahawa dia boleh dilepaskan secara percuma.

Bagaimanapun, United tidak mungkin akan mendapatkan khidmat Koch dengan mudah apabila Leeds juga dilaporkan akan menerima tawaran daripada Tottenham Hotspur dan Newcastle United.

Laporan Sky Sport Jerman menyebut bahawa belum ada keputusan konkrit dilakukan oleh United mengenai minat mereka itu, cuma Koch dikatakan berada dalam senarai pendek pemain pertahanan yang cuba dipancing pasukan itu.

United memiliki pasangan utama di benteng pertahanan iaitu Raphael Varane dan Lisandro Martinez, namun isu kece­deraan menyebabkan kelab itu memburu beberapa pemain baharu untuk memberikan mereka banyak pilihan.

Selepas membuat 77 penampilan bersama Leeds, Koch bukanlah pemain yang akan mampu merebut posisi pemain dalam kesebelasan utama United kecuali hanya menjadi pemain sokongan sahaja.

Pada usia 26 tahun, Koch berhasrat dia mampu untuk bermain pada pentas utama menyebabkan dia perlu me­ninggalkan Leeds.

Setakat ini, masih belum ada tanda harga diletakkan Leeds untuk melepaskan Koch, namun apa yang pasti harganya tidak akan melonjak kerana tempoh kontraknya yang semakin sampai ke penghujung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI