fbpx

TH serah sumbangan RM491,944 bina surau, naik taraf masjid di Kota Belud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TH memberi sumbangan untuk membina surau dan menaik taraf masjid masing-masing di Kampung Narinang dan kampung Menunggui di Kota Belud, Sabah.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan RM491,944.15 untuk membina surau dan menaik taraf masjid yang akan memberi manfaat kepada 700 penduduk Islam di Kampung Narinang dan kampung Menunggui di Kota Belud, Sabah.

TH dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sumbangan itu diberi kepada Darul Bakti Sabah pada 14 Jun lalu bagi merealisasikan projek pembinaan surau di Kampung Narinang serta kerja-kerja penaiktarafan Masjid Al-Hadhari Kampung Menunggui.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, sumbangan dibawah program Musolla TH yang julung-julung kalinya diadakan itu sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab TH dalam pemulihan dan pembinaan surau serta masjid.

“Sumbangan ini dapat menyediakan ruang ibadah untuk penduduk di Kampung Narinang di atas tanah wakaf yang kini turut diiinap oleh 100 orang dimana 80 daripadanya adalah muallaf.

“Selain itu, menerusi program Musolla TH ini juga, sumbangan disalurkan bagi menaik taraf Masjid Al-Hadhari di Kampung Menunggui bagi menampung penambahan seramai 600 penduduk Islam di kawasan tersebut,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Jelas TH, pelaksanaan program kemasyarakatan itu diharap dapat menyediakan ruangan ibadah yang selesa dan kondusif di kawasan setempat dalam usaha memartabatkan syiar Islam, menjaga kebajikan asnaf dan keperluan keluarga B40 serta muallaf miskin.

Tambah TH, kerja-kerja pembinaan surau Kampung Narinang dan membaik pulih masjid Kampung Menunggui dijangka akan mengambil tempoh masa enam bulan untuk disiapkan.

“Usaha TH ini akan diteruskan sengan mengenal pasti kawasan yang memerlukan pembinaan surau baru atau penaiktarafan masjid,” kata TH. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI