Tidak dibayar gaji, Song Ji hyo dan beberapa bekas pekerja nekad memfailkan aduan undang-undang terhadap Uzurocks.
Mereka memfailkan aduan tersebut terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan yang dikenali dengan nama ‘Encik A’, kepada Kementerian Pekerjaan dan Buruh.
Biarpun tertuduh berjanji untuk membayar gaji pada tarikh akhir tertentu, namun terdapat pekerjanya mendakwa tidak pernah dibayar.
Beberapa pekerja telah pun menyelesaikan siasatan mereka, manakala yang lain masih menunggu panggilan daripada kementerian.
Dalam pada itu, Ji-hyo dengan rela hati menawarkan perbelanjaan peribadi untuk membantu pekerja yang telah terkesan dengan isu kelewatan gaji walaupun dia sendiri tidak dibayar pihak Uzurocks.
Bulan lalu, Ji-hyo memfailkan saman terhadap Encik A. Dia juga bersedia menamatkan kontrak eksklusifnya dengan syarikat itu.