fbpx

Penumpang berang pramugari gelar Tel Aviv bandar Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang Ryanair terkejut selepas seorang pramugari mengumumkan pesawat itu mendarat di Palestin dan bukannya Tel Aviv.- Foto Getty Images

TEL AVIV – Sebilangan penumpang yang menaiki penerbangan Ryanair ke Tel Aviv berang selepas seorang pramugari merujuk destinasi tersebut sebagai sebuah bandar di Palestin, lapor laman berita Now This News semalam.

Menurut World Israel News, beberapa penumpang menyuarakan bantahan terhadap pramugari tersebut yang mengumumkan bahawa mereka akan mendarat di Palestin dan bukannya Israel.

Pesawat itu mendarat di sebuah lapangan terbang di Tel Aviv.

Kumpulan penumpang itu mendesak pramugari berkenaan sama ada membetulkan kenyataan tersebut atau meminta maaf.

Bagaimanapun, terdapat penumpang lain yang memberitahu sebuah saluran berita bahawa permintaan mereka ditolak dan kru kabin menuduh mereka mewujudkan gangguan dalam penerbangan. 

Berita mengenai kejadian itu menjadi tular dengan ramai netizen menyokong tindakan pramugari berkenaan.

“Dia (pramugari) bercakap perkara yang benar (kawasan Israel milik Palestin),” kata seorang netizen. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI