fbpx

Penghantar makanan dakwa ‘part time rider’ ganggu rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghantar makanan meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan separuh masa didakwa tamak dan menganggu rezeki.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan meluahkan rasa kesal apabila penghantar makanan separuh masa didakwa tamak dan menganggu rezeki.

Menurut perkongsian di aplikasi Facebook, individu tidak dikenali itu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada penghantar makanan separuh masa yang didakwa sibuk mencaras rezeki mereka walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap.

“Yang separuh masa, dah ada kerja tetap, gaji tetap setiap bulan. Ada polis, tentera, swasta, tak perlu tamak,” katanya.

Tambahnya, mereka juga memilih untuk bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan faktor usia, kesihatan dan masih belum mempunyai rezeki untuk bekerja tetap.

“Kenapa perlu tamak?, sedangkan rezeki (korang) dah ada tetap setiap bulan,” soalnya.

Menurutnya, dia bukan tidak percaya pada rezeki tuhan, tetapi kejadian seperti ini sedikit sebanyak menganggu periuk nasi mereka.

“Ini bukan tidak percaya rezeki tuhan, tapi kalau ‘order’ satu jam 100, tapi ‘rider’ full time dan part time ada 200, kau rasa?,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan.

“Yang part time tak ada ambil job banyak mana pun. Mereka ‘target’ RM30 sehingga RM50 , buat pun lepas habis waktu kerja,” komen Arif.

Perkongsian itu menjadi tular dan meraih banyak perhatian terutama di kalangan rider. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI