fbpx

MDX2023 lonjak sektor ekonomi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023) pada November 2023 merupakan berita baik buat pemain industri ekonomi digital negara.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, MDX2023 platform buat pemain industri Malaysia mempamerkan perkhidmatan serta produk kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

“Melalui inisiatif ini, lebih banyak pelaburan boleh diraih sekali gus melonjakkan lagi sektor ekonomi digital.

“Buat pemain industri ekonomi digital, jumpa anda di MDX2023,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Fahmi turut mengimbas kerajaan negara meraih RM8.3 bilion melalui misi pelaburan kementeriannya ke London. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI