fbpx

MBSB ambil alih MIDF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSB kini berada dalam kedudukan yang kukuh untuk menawarkan perkhidmatan perbankan lebih baik kepada pelanggan.

PETALING JAYA – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi mengambil alih Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) pada RM1.01 bilion.

MBSB dalam kenyataan memaklumkan, menerusi perjanjian tersebut, MBSB akan melengkapkan pembayaran dengan menerbitkan kira-kira 1.05 bilion saham baharu dalam kumpulan dengan harga RM0.9652 kepada PNB.

“Setelah itu, MIDF akan menjadi anak syarikat milik penuh MBSB manakala, kepentingan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB dalam MBSB dianggarkan masing-masing kira-kira 57.45 peratus dan 12.78 peratus.

“Harga belian mewakili nisbah harga kepada buku (PBR) pula kira-kira 0.85 kali daripada aset bersih larasan MIDF pada 31 Disember 2022,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam Bin M. Taib berkata, potensi sinergi antara MBSB Bank dan MIDF akan membolehkan kumpulan yang diperbesarkan untuk perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan yang lebih luas.

Katanya, ia melalui penyelesaian pembiayaan, penstrukturan dan nasihat yang disesuaikan.

“Kekuatan gabungan kami dan kepakaran meletakkan kami pada kedudukan yang lebih baik untuk menyokong keperluan perniagaan dan pertumbuhan pengguna dan pelanggan korporat,” ujarnya.

Sementara itu, MBSB dijangka membentangkan cadangan pengambilalihan bagi pertimbangan pemegang saham menjelang Ogos ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI