fbpx

Jennie minta maaf hampakan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE

Ahli kumpulan Blackpink, Jennie tampil membuat permohonan maaf dan meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyempurnakan konsert mereka di Melbourne baru-baru ini.

“Kepada peminat di Melbourne, saya mohon maaf kerana tidak dapat menghabiskan persembahan saya dalam konsert baru-baru ini.

“Saya sedaya upaya cuba untuk kembali seperti biasa dan kini dalam fasa pemulihan. Pemahaman dan sokongan kalian (peminat) amat bermakna buat saya,” tulisnya dalam InstaStory miliknya.

Dalam pada itu, netizen menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan anggota Blackpink itu yang meninggalkan pentas semasa konsert mereka di Melbourne.

Dia dilihat secara tiba-tiba menuruni tangga di tengah-tengah persembahan Lovesick Girls meninggalkan tiga lagi ahli kumpulan yang masih berada di atas pentas.

Ketiadaan Jennie yang dikatakan mengalami keletihan melampau dalam konsert tersebut sebenarnya amat mengecewakan peminat, namun mereka cuba untuk memahami situasi Jennie.

“Saya harap Jennie akan lekas sembuh, kami memahami keadaan awak Jennie, terus kuat okey,” komen seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI