KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) membuka kertas siastan berhubung satu rakaman video tular memaparkan seorang wanita yang berpakaian tidak sopan, mendedah aurat dan melakukan aksi ‘catwalk’ di sekitar bandar Kota Bharu, baru-baru ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, tindakan wanita berkenaan didapati melanggar peraturan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019.
Menurutnya, selain itu, wanita tersebut turut melanggar peraturan dibawah Seksyen 23 (mendedahkan aurat di tempat awam) di bawah enakman sama.
“Pihak Jaheaik tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan yang melibatkan aurat,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.
Terdahulu, tular satu rakaman video di Facebook yang memaparkan tindakan seorang wanita berpakaian seksi melakukan aksi ‘catwalk’ di tiga lokasi berbeza.
Tiga tempat yang dikenal pasti menjadi lokasi rakan video tersebut adalah Taman Hijau, Dataran Rehal, Masjid Muhammadi dan laluan pejalan kaki berhampiran bangunan Majlis Pembandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam.
Rakaman video ‘catwalk’ itu sekali gus mengundang keceman dan kritikan daripada warganet apabila dilihat dengan sengaja mendedah aurat di khalayak ramai. – KOSMO! ONLINE